~09/03/2011~
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka.."
Emm...best nya.... Dah lah dapat pegang tangan, siap dapat reduce dosa lagi....
Kalo tak kawin, pegang pegang tangan buat tambah dosa jer........
Tapi tu lah, banyak manusia zaman sekarang nie suka nak ke hulu ke hilir pegang sana sini tapi bila tanya bab kahwin, bab nak halalkan hubungan, selalu kata belum masa atau tak bersedia.Ada pulak yang marah-marah kata nak memaksa. Ada pulak yang kata pasangannya tak memahami. Malahan lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang bila anak dah ambik keputusan nak berumahtangga, boleh pulak dihalang semata-mata nak kenduri yang gah dan meriah.... Takut jatuh standard katanya....
Tak tahulah nak kata apa.
Memang betul ada yang lambat jodohnya sampai tapi pada yang dah takde halangan tapi masih nak menangguhkan perkahwinan atas masalah keduniaan dan tak puas berseronok lagi tu? Memang hampeh kan?
Bagi yang tahu betapa banyaknya dosa berkumpul kalo tak kahwin-kahwin nie dan betapa banyaknya pahala daripda perkahwinan yang berlangsung, pasti tak sabar-sabar nak mempercepatkan perkahwinan..... Bukannya semata-mata nak tutttt tp sebab susah nak kumpul saham untuk dunia terkemudian.... Itu pun kalo masih ada hati nak fikir pahala dosa lah......
Kata dah suka sama suka,kata sayang tak terhingga, kata dah kenal lama, mana pergi berkepit jer, tinggal jauh2 pun dah tak reti nak rindu kat orang lain, tapi bila suruh kahwin jer, seribu satu alasan....... Bila ajak sembang bab kahwin jer, tetiba jer semua benda serba tak kena, semua sifat serba tak betul.... Yang nampak serba kekurangan jer, yang kelebihan yang cantik yang menawan langsung ke laut?
Camana tu ek?
Jangan salah faham yer, entry nie ditujukan pada orang sentiasa mengelakkan diri dengan komitmen perkahwinan sedangkan tak mahu pulak lepaskan pasangan nya.......
No comments:
Post a Comment