Susahnya..... Sayangnya kita pada dia tapi dia sentiasa jauh dari kita ....
Kena tahan tahan dalam diri, kena pendam, kena pura2 relax, padahal..... rindunya Tuhan je lah yang tahu...Paling sedih, tak mampu nak letak kan harapan yang tinggi di atas satu hubungan yang tak pasti ......
Apapun, aku bersyukur di atas kehadiran yang banyak memberi semangat pada aku dalam melalui setiap hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran......
Mungkin hubungan nie tak seperti hubungan lain yang dibungai kata2 cinta dan harapan serta perancangan yang tak berpehujung, tapi tetap adalah hubungan yang sangat2 aku hargai dalam hidup nie..... Namun harapan agar hubungan nie berkekalan tetap sentiasa dalam hati.....
Kecewa andainya hubungan nie terputus, namun aku dah lama bersedia sekiranya perkara tu berlaku, telah pun pernah berlaku...... Aku tak sangka aku masih mampu teruskan hidup tanpa dia tapi kepayahannya, sepertimana kukatakan....Tuhan saja yang Maha Mengetahui......
Ketiadaannya menyebabkan kerinduan yang mendalam dan kecintaan yang lebih teramat..... Aku ingatkan pada waktu tu, aku akan jatuh tersungkur dan terus berputus asa tapi kehilangannya sekali dulu membuatkan aku sedar, aku rupanya wanita yang jauh lebih tabah dan berdikari.....
Kini, walaupun telah memilikinya semula, namun harapan aku tak setinggi dulu..... Kembali padanya kerana dialah yang paling kusayangi..... Tapi, jika ditakdirkan kehilangan dirinya sekali lagi, aku tahu aku boleh hadapi........ Doaku, moga kasih ni berpanjangan dan dia menjadi lelaki terakhir yang mewarnai hidupku......
No comments:
Post a Comment