Hemmm..... bg yang megetahui, diorang tahu aku dah menghilankan diri sejak 8 tahun lepas dan sekarang baru muncul balik tapi tak semua tahu mengapa aku menghilangkan diri...... Kemunculan yang mengejutkan beberapa pihak yang mengetahui kisah di sebalik kehilangan aku dan yang tertanya2 mengapa aku menghilangkan diri..... Apapun, kemunculan nie hanyalah kerana aku menyayangi hidupku.....
Kemunculan yang dibuat secara sengaja dan tidak sengaja di facebook meyebabkan aku rasa sedikit trauma sebab punca kehilangan aku dulu hanyalah untuk meninggalkan semua perkara yang berlaku dan memulakan hidup baru...... Tapi kenanagan2 tue sumer tetiba jer datang balik dlm idup aku secara mendadak dan adakalanya aku rasa cam sesak nafas pun ada terutamanya bila melihat gambar2 lama, yang walaupun takde gambar aku dalam tue, tp mempunyai kaitan yang rapat dengan diriku......
Dan lebih menyebabkan air mata aku jatuh bila mana ada perkara yang di luar jangkaan aku berlaku di sebalik kehilangan aku...banyak cerita2 yang menyentap perasaan aku.... cerita2 yang benar dan tak benar yang sama banyak dan ada yang mengembirakan aku dan ada yang menghancurkan hati aku bila mendengarnya...........
Tapi apakan daya, di sebalik setiap cerita tue, hanya empunya diri yang mengetahui betapa seksa dan payahnya mengharungi semua kata puji, keji, fitnah dan belaan...Sesungguhnya acapkali perasaan mahu berputus asa terhadap hidup nie datang dan pergi macam perut yang lapar..... kadang2 kuat (lapar sangat) tp kdg2 mcm angin lalu (time tgh mkn snek).....
Walaupun dah dapat kekuatan utk memuinculkan kembali diri nie tapi Tuhan je lah yang tahu, rasa menyesal pun ada...... Ye lah.... teringat2 kembali perkara2 yang ingin dan telah dilupakan....
Perasaan gembira dan sedih bercampur baur....
Tumpang gembira di atas kejayaan dan pelbagai berita gembira kengkawan tapi sumer tue jauh dari diri kita.... sesuatu yg dimiliki oleh org lain yg begitu kita inginkan tp kita tak dapt.... bayangkanlah.... apapun, aku bersyukur, semua dugaan nie menyebabkan aku sangat menghargai setiap kasih sayang yang aku terima dalam hidup aku.....
Dulu bila ada orang kata, Tuhan takkan beri ujian yang tidak manusia tu dapat tanggung dan semua benda ada hikmah di sebaliknya, aku rasa terlampau marah sangat sebab aku rasa dah tak tertanggung dengan segala masalah yang bertimpa-timpa dari sejak aku kenal dunia nie........
Tapi sekarang aku akur, aku mengakui bahawa ujian yang ditimpakan sebagai satu tanda betapa kental jiwa aku... Aku tak percaya aku mampu sekuat nie hadapi semuanya.... Malahan perkara nie mnyedarkan aku bahawa kasih manusia tak kekal dan tak sesejati kasih Tuhan....... Kasih sayang manusia tidak dapat diukur dan tak mampu diberi jaminan dengan hanya mengatakan bahawa dia itu "keluarga aku" atau "kawan baik aku" atau "sedara aku" atau "sahabat aku" dan lain2...... Seorang kwn bleh bila2 bertukar jd musuh dan seseorang yang kita anggap musuh tetiba boleh menjadi adalah orang yang bersama2 kita ketika susah.....
Kasih sayang dan kebencian manusia adalah berbentuk luaran..... Hanya masa boleh menunjukkan sapa kawan dan sapa lawan sebenarnya...
Aku bersyukur dalam kezaliman dunia, aku diberi kesempatan untuk merasai kasih sayang.....
Aku bersyukur kasih sayang itu wujud dalam diri aku kerana dulu aku pernah memilih untuk menjadi orang yang menjauhi kasih sayang malahan tidak mampu untuk mempercayai kasih sayang itu wujud dalam dunia yang fana nie......
Aku bersyukur kasih sayang tu menunjukkan aku jalan agar lebih tabah mengharungi hari-hari ku.......
No comments:
Post a Comment